- Tempat Nongkrong Para GIRILAYA mania -


You are not connected. Please login or register

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down  Message [Halaman 1 dari 1]

1Fatimah Az-Zahra dan Gilingan Gandum Empty Fatimah Az-Zahra dan Gilingan Gandum Sat 20 Oct 2012, 18:29

adminutama

adminutama
Pejabat RT / RW
Pejabat RT / RW
Suatu hari masuklah Rasulullah s.a.w. menemui
putrinya Fathimah az-zahra rha. Didapatinya putrinya sedang menggiling
syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan
tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah s.a.w. bertanya pada
putrinya, "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga
Rasulullah s.a.w. tidak menyebabkan matamu menangis". Fathimah rha.
berkata, "Ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang
menyebabkan ananda menangis". Lalu duduklah Rasulullah s.a.w. di sisi
putrinya. Fathimah rha. melanjutkan perkataannya, "Ayahanda sudikah
kiranya ayahanda meminta 'Ali (suaminya) mencarikan ananda seorang
jariah (pembantu) untuk menolong ananda menggiling gandum dan
mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah". Mendengar perkataan putrinya
ini maka bangunlah Rasulullah s.a.w. mendekati penggilingan itu. Beliau
mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan
diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya
"Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut berputar dengan
sendirinya dengan izin Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. meletakkan syair
ke dalam penggilingan tangan itu untuk anaknya dengan tangannya
sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih
kepada Allah s.w.t. dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir
syair itu digilingnya.



Rasulullah s.a.w. berkata kepada gilingan tersebut, "Berhentilah
berputar dengan izin Allah s.w.t.", maka penggilingan itu berhenti
berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah s.w.t.
yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka
katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "Ya Rasulullah s.a.w. , demi Allah
s.w.t. Tuhan yang telah menjadikan Baginda s.a.w. dengan kebenaran
sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah Baginda s.a.w. menyuruh hamba
menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan
semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah s.w.t
suatu ayat yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah
dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia
dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak
mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan
mereka mengerjakan apa yang dititahkan".



Maka hamba takut, ya Rasulullah s.a.w. kelak hamba menjadi batu yang
masuk ke dalam neraka. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda kepada batu
penggilingan itu, "Bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari
batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam syurga". Maka bergembiralah
penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.



Rasulullah s.a.w. bersabda kepada putrinya, "Jika Allah s.w.t.
menghendaki wahai Fathimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan
sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah
s.w.t. menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan
dihapuskan oleh-Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu
beberapa derajat.
Ya Fathimah,
perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya,
maka Allah s.w.t. menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang
digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat".



"Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat
ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah s.w.t. menjadikan
antara dirinya dan neraka tujuh buah parit.Ya
Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan
menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah s.w.t. akan
mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada
seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang
bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan
mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah s.w.t. akan
menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat".



"Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu
semua adalah keridhaan suami terhadap istrinya. Jikalau suamimu tidak
ridha denganmu tidaklah akan aku doakan kamu. Tidaklah engkau ketahui
wahai Fathimah bahawa ridha suami itu daripada Allah s.w.t. dan
kemarahannya itu dari kemarahan Allah s.w.t.?. Ya
Fathimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya
maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah s.w.t. akan
mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan
darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka
Allah s.w.t. mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada
jalan Allah s.w.t. yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak
maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya
melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia
ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya
menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah s.w.t. akan
mengkurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta
beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat."



Perempuan mana yang melayani suaminya dalam
sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka
Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah s.w.t. akan
memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya
dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan
dan dikaruniakan Allah s.w.t. untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah s.w.t. akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya
Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk
berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka
berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "Teruskanlah 'amalmu
maka Allah s.w.t. telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari
dosamu dan sesuatu yang akan datang". Ya
Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut suaminya dan
janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah
s.w.t. akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah
s.w.t. akan meringankan sakaratulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya
menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta Allah s.w.t. akan
menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas
titian Shirat".



Dari Abdullah bin Amr Al-Ash r.a, Rasulullah bersadbda : �Dunia adalah suatu kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan adalah wanita yang sholehah.� ( HR. Muslim )

Sumber :
Code:

http://forum.cintarasul.co.id/viewtopic.php?t=4143&sid=a6e24197335cb4c4d8f4ada444ee6c97

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas  Message [Halaman 1 dari 1]

Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free

 

pagerank analyzerW3 Directory - the World Wide Web Directory

© 2014 Copyright Girilaya Real Groups - All Rights Reserved | Back to Top