- Tempat Nongkrong Para GIRILAYA mania -


You are not connected. Please login or register

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down  Message [Halaman 1 dari 1]

Admin

Admin
Admin
Admin
Air Asia akan menawarkan potongan 20 peratus terhadap semua penerbangan dari Kuala Lumpur ke lima destinasi di India bersempena sambutan Thaipusam, tidak lama lagi.

Pelanggan boleh melakukan tempahan daripada Kuala Lumpur ke Bangalore, Kolkata, Kochi, Chennai, Trichy dan sebaliknya dengan diskaun 20 peratus bagi setiap kerusi daripada 25 Januari hingga 3 Februari 2013.

Diskaun istimewa ini boleh didapati melalui perkhidmatan atas talian di www.airasia.com, semua platform tempahan mudah alih Air Asia seperti di iPhone, peranti Android, telefon yang mempunyai WAP di mobile.airasia,com. Tempoh perjalanan untuk potongan harga ini bermula daripada 4 Februari hingga 20 Mei 2013.

Untuk memeriahkan sambutan Thaipusam, Air Asia akan membuka sebuah gerai interaktif istimewa di Batu Caves pada Sabtu dan Ahad (26 hingga 27 Januari) daripada jam 9 pagi hingga 10 malam.

Pelawat yang mengunjungi gerai ini boleh membeli tiket penerbangan ke India dengan kadar diskaun sama dan 300 pelawat pertama yang melakukan tempahan akan diberikan cenderamata berupa barangan Air Asia.

Mereka yang menempah tiket ini di gerai Air Asia pada minggu ini juga berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan tiket penerbangan percuma.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Aireen Omar berkata, mereka berharap agar semua penganut Hindu dapat menyambut Thaipusam yang hebat pada hujung minggu ini. Perayaan ini amat dinantikan rakyat Malaysia dan menarik kunjungan pelancong ke negara ini.

“Kami turut berharap agar pelawat yang mengunjungi gerai kami di Batu Caves sepanjang hujung minggu akan menikmati diskaun 20 peratus ke atas semua penerbangan dari Kuala Lumpur ke lima destinasi India kami,” katanya.

Untuk jadual penerbangan laluan Air Asia Kuala Lumpur ke India, sila lawati www.airasia.com dan ikuti mereka di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (Facebook.com/AirAsia) bagi sebarang maklumat terkini, promosi dan sebarang aktiviti Air Asia yang berdekatan dengan anda.

http://forum.girilaya.com

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas  Message [Halaman 1 dari 1]

Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free

 

pagerank analyzerW3 Directory - the World Wide Web Directory

© 2014 Copyright Girilaya Real Groups - All Rights Reserved | Back to Top