- Tempat Nongkrong Para GIRILAYA mania -


You are not connected. Please login or register

Petronas sumbang RM150,000 untuk promosi budaya Dayak

Go down  Message [Halaman 1 dari 1]

Admin

Admin
Admin
Admin

Petronas sumbang RM150,000 untuk promosi budaya Dayak T08913

Petronas meny­umbang geran sebanyak RM150,000 kepada Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) untuk membantu usaha DCF memelihara, memulihara dan mempromosikan budaya Dayak.

Perjanjian tajaan ditanda­tangani di sebuah hotel terke­muka di sini oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas Datuk Moham­mad Medan Abdullah dan Pemegang Amanah Pengu­rusan DCF Tan Sri Datuk Amar Dr Leonard Linggi Tun Jugah sambil disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Bercakap kepada pemberita susulan majlis itu, Jabu yang juga Pengerusi DCF ber­kata, yayasan itu gigih dalam memelihara, memulihara dan mempromosikan budaya tradisional Dayak.

“Kita lihat potensi adat tradisi, tarian serta banyak lagi budaya dalam kalangan masyarakat Dayak yang perlu dipulihara dan dipromosikan dalam pelbagai cara.

“Geran ini akan membantu kita membangunkan budaya Dayak,” katanya.

Tambah Jabu, geran berk­enaan juga akan digunakan untuk menaik taraf kualiti koleksi-koleksi instrumen muzikal dan pakaian tradi­sional yayasan, termasuk mengumpul lebih banyak barangan asli dan etnik ter­masuk instrumen muzik dan pakaian yang semakin dilupakan.

“Kita juga amat berharap akan dapat memperbaiki kualiti dan standard perse­mbahan-persembahan kita, terutama dalam seni persem­bahan,” tambah Jabu.

DCF merupakan penyokong kepada warisan kebudayaan Dayak, khasnya tarian dan muzik tradisional melalui pelbagai usaha promosi dan pendidikan.

Salah satu platform yayasan ialah orkestra etnik merang­kumi pelbagai instrumen muzik tradisional.

Selain sumbangan ke arah pemuliharaan warisan Ma­laysia dalam seni tradisional dan budaya, Petronas tu­rut mengiktiraf kepentingan melindungi warisan alam sekitar dan mempromosi biodiversiti dalam bidang pengoperasian.

Sumber : http://www.theborneopost.com/2013/01/26/petronas-sumbang-rm150000-untuk-promosi-budaya-dayak/

http://forum.girilaya.com
Share this post on: reddit

No Comment.

Kembali Ke Atas  Message [Halaman 1 dari 1]

Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik

 

pagerank analyzerW3 Directory - the World Wide Web Directory

© 2014 Copyright Girilaya Real Groups - All Rights Reserved | Back to Top