Ramai sebenarnya menjangkakan yang Zizan Razak mampu menyapu bersih trofi di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013 namun ianya tinggal harapan apabila pelawak terkenal ini pulang tangan kosong pada majlis tersebut hujung minggu lalu.
Bercakap kepada media selepas majlis selesai, Zizan Razak berkata beliau redha dengan keputusan dan tidak mempunyai masalah malah berbangga dengan kemenangan rakan rakan artis yang lain — walaupun pulang tanpa gelaran.
“Ini bukan main bola atau lumba kereta yang boleh ditentukan kemenangan dari diri sendiri. Ini permainan yang bergantung kepada pengundi. Mereka yang mengundi. Saya tiada masalah malah berbangga apabila rakan-rakan saya dicalonkan dan menang”
“Saya redha dan senyum saja kerana saya percaya apa yang berlaku ada sebabnya,” ujarnya.
Ada juga kata kata nakal yang timbul mengatakan kekalahan epik Zizan Razak pada ABPBH 2013 yang lalu adalah kerana peminat sudah jelik dengan kontroversi percintaan beliau bersama pelakon cantik, Emma Maembong. Apa kata beliau?
“Orang yang mengundi & saya serahkan pada orang ramai. Saya percaya pada rezeki. Tambahan pula kontroversi yang melibatkan saya tidaklah seteruk mana sehingga ia mampu membuatkan peminat membenci saya,” tambah Zizan Razak lagi.
Tidak mengapa Zizan Razak, tahun hadapan boleh cuba lagi ‘kan? (rtky/bsr)